Wednesday 4 May 2011

Wanita Solehah

Persepsi masyarakat terhadap wanita kini hanyalah perhiasan.
"Sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah."

Kecantikan yg ada pd seseorang wanita itu tidak akan kekal. Rambutnya yg hitam lurus akan berubah warna menjadi putih. Pipinya yg gebu akan berkedut dimamah usia. Matanya yg cantik akan menjadi rabun.
Sesungguhnya, wanita hanya boleh pertahankan kecantikan iaitu keimanan ug berkait rapat dgn hati, ibadah dan juga ilmu sahaja.

Keimanan wanita kini kian lemah. Hal ini kerana :
1) Mereka merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati iaitu tiada merasa keinsafan atau lebih dikenali dengan nama tidak mkn saman.
2) Melakukan penderhakaan dan dosa secara teus-menerus. Mereka melakukan dosa sehingga mereka tidak merasakan bahawa perkara tersebut adalah dosa.
3) Tidak tekun dlm beribadah iaitu tidak khusyu' dalam solat serta tidak menyemak doa-doa yg telah dibaca.
4) Malas untuk beribadah iaitu melakukan ibadah tanpa roh. Mereka seolah-olah hanya melakukan ibadah seperti melepaskan batuk di tangga.
5) Tidak tersentuh dengan ayat2 Quran yg dibaca serta tidak merasa takut dengan azab seperti yg telah dinyatakan di dalam Al-Quran.
6) Tidak mahu menyebarkan dakwah.

p/s : Semoga AKU, keluargaku dan rakan2 ku tidak tergolong dalam golongan di atas. 
       "Ya Allah peliharalah IMANku."

Renungan bersamaku di Hari Khamis, 5 Mei 2011 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

HOME| PRODUK| HUBUNGI| Top of page